KARANGAN PERIHAL DIRI, PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA
Saya (nama), dilahirkan pada (birthday) dan sekarang berumur ##. Anak Melaka ini merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ibu saya merupakan seorang pembantu perawatan kesihatan di Hospital Melaka manakala ayah saya tidak berkerja.
Mengenai latar belakang pendidikan pula, saya mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Saya menggunakan peluang ini untuk memohon sekolah berasrama dan berjaya menempatkan diri saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas, Melaka. Walaupun mendapat keputusan PT3 yang baik, saya tetap meneruskan pembelajaran saya di sekolah tersebut sehingga Tingkatan 5 dan memperoleh keputusan SPM yang cemerlang. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran di Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia selama setahun. Setelah bertungkus-lumus dengan jadual yang agak padat, saya berjaya mendapatkan CGPA yang bagus dan mendapatkan Sijil Kepujian Naib Canselor untuk semester kedua.
Sekarang, saya menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya iaitu Bacelor Kejuruteraan Kimia di Universiti Putra Malaysia selama 4 tahun bermula daripada 1 September 2019. Saya memilih bidang ini atas dasar minat yang mendalam untuk menjadi seorang jurutera dan saya melihat peluang pekerjaan bagi graduan adalah luas kerana jurutera kimia menumpukan pada rekabentuk dan operasi dalam proses yang melibatkan kimia di peringkat pengilangan . Secara amnya, jurutera kimia amat diperlukan di kilang untuk beroperasi. Walaupun bidang ini dianggap sukar, saya mengambilnya sebagai satu cabaran dan akan belajar bersungguh-sungguh serta mendalami ilmu-ilmu amali yang berguna pada masa akan datang.
Sekiranya saya dapat menamatkan pengajian saya dengan jayanya, saya akan mencari kerjaya yang bersesuaian dengan apa yang saya pelajari dan menimba pengalaman. Saya berminat untuk menceburi ke industri farmaseutikal dengan harapan saya dapat membantu keluarga saya dan pada masa yang sama
mengurangkan kadar pengganguran serta meningkatkan taraf ekonomi negara.
Sekian sahaja daripada saya tentang perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya.
------------------------------
Hit me up,
Twitter ; @frhlovesmcd 🐨
Search related :
karangan mara, pinjaman mara , karangan pinjaman mara, pinjaman, pelajaran mara, majlis amanah rakyat, syarat pinjaman mara, biasiswa mara, Karangan perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya, karangan mara melayu , karangan mara english
Comments
Post a Comment